Selamat Datang ke Blog Kumpulan C5

Tuesday, August 17, 2010

WANITA PENGGERAK NEGARA



PENDAHULUAN

Pada era sekarang, kedudukan wanita bukan lagi seperti zaman dahulu. Hal ini kerana, wanita zaman moden sekarang merupakan modal insan yang utama untuk pergerakan negara. Wanita sudah dapat bersaing dengan lelaki dalam pelbagai sektor, seiring dengan pembangunan yang dikecapi negara pada hari ini, wanita merupakan antara penggerak negara. Sebagai contoh, telah ada banyak usahawanita yang berjaya seperti Datuk Sosilawati Lawiya iaitu pengasas Nouvelles Visages. Golongan wanita tidak lagi dianggap sebagai golongan yang lemah tetapi merupakan golongan yang memainkan peranan yang penting dalam pembangunan ekonomi negara.
TAUFIK AMRI BIN MOHD NOR (201177)

Sumbangan Wanita Sebagai Penggerak Negara Dalam Ekonomi

Malaysia merupakan salah sebuah negara yang maju dan dalam era ini golongan wanita telah mempunyai pendidikan yang tinggi dan secara lansungnya telah terlibat dalam bidang ekonomi,politik dan sosial. Tidak dapat dinafikan, golongan ini menjadi mesin penggerak pertumbuhan ekonomi di Malaysia. Wanita merupakan elemen penting dalam industri-industri berorientasi eksport di kawasan Asia. Selain itu, golongan ini memainkan peranan penting dalam pasaran domestik dan aktiviti ekonomi, tidak hanya sebagai pekerja,tapi juga sebagai konsumer, pengusaha, pengurus dan pelabur.
SUSI MARLEENA BT AHMAD HAIZAN (199770)


Datuk Maznah Hamid





Puan Rozita Ibrahim

Seiring dengan pembangunan yang dikecapi negara kini, tanggungjawab dan peranan wanita dalam meningkatkan sektor ekonomi negara makin berkembang. Ini dapat dilihat dengan tampilnya beberapa tokoh usahawan wanita berjaya dalam bidang perniagaan seperti Datuk Maznah Hamid, Puan Rozita Ibrahim(Sendayu Tinggi) dan ramai lagi. Perangkaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menunjukkan bahawa didapati 47 peratus tenaga kerja di negara ini terdiri daripada golongan wanita. Peningkatan yang memberangsangkan ini nyata membuktikan bahawa martabat wanita dalam sosiologi kehidupan telah banyak berubah. wanita kini mula mendominasi bidang keusahawanan terutama dalam industri desa.
HAZREEN HASLIN BT ABDUL HAMID (199784)



Sumbangan Wanita Sebagai Penggerak Negara Dalam Politik


Tan Sri Datin Paduka Seri Dr. Aishah Ghani

Penglibatan wanita terutamanya badan perundangan negara, kerajan tempatan dan proses-proses keamanan bukan sahaja dapat merubah keadaan politik semasa juga merubah masa depan, memandangkan dengan adanya wanita di dalam arena politik juga akan mengubah pandangan masyarakat terhadap wanita dan gadis serta peranan mereka di dalam membuat keputusan. Contoh tokoh yang melibatkan diri dalam arena politik adalah Tan Sri Datin Paduka Seri Dr. Aishah Ghani yang dikenali sebagi Ketua Pegerakan wanita di dalam UMNO pada tahun 1984 yang pernah memperjuangkan Angkatan Wanita Sedar(AWAS).
SUHADA BT ABDUL KARIM (199769)

Wanita berpotensi membawa perubahan dalam arena politik negara. Penglibatan mereka dalam badan pentadbiran di peringkat kebangsaan dan tempatan boleh membentuk dasar dan undang-undang yang memfokuskan kepada wanita, kanak-kanak dan keluarga . Mereka menyokong isu-isu yang sensitif mengenai gender dalam kalangan pegawai-pegawai dan menubuhkan forum dasar yang komprehensif seperti kementerian wanita dan biro-biro. Golongan ini seringkali menghadapi diskriminasi yang besar daripada peringkat pendidikan dan gaya sosial. Kecekapan mereka sebagai pembuat keputusan juga diragui dalam arena politik. 
FAIZHA ALIAH NABILAH BT HARON (199775)

Sumbangan Wanita Sebagai Penggerak Negara Dalam Sosial  
§Masyarakat
Bagi memastikan tahap kesihatan dan kesejahteraan masyarakat, sumbangan wanita kepada masyarakat yang telah menjadi sebahagian daripada penggerak ekonomi negara ini perlulah sentiasa menekanan tentang  kesihatan masyarakat terutamanya dalam bidang kesihatan haruslah memberikan isu-isu terkini kepada masyarakat. Sebagai contoh yang dapat di lihat, penggalakan dan pencegahan kesihatan harus diberikan penekanan bagi mempertingkatkan taraf kesihatan dan kualiti hidup para masyarakat. Seterusnya meningkatkan usaha pendedahan secara berterusan melalui promosi kesihatan termasuk pendidikan kesihatan secara formal dan tidak formal bermula.
NATALIA DARLEESHA BT DARUS (204795)

Pembangunan modal insan yg cemerlang tercapai dengan adanya Dasar Wawasan 2020 masyarakat mampu mendukung cita-cita bagi mencapai kesaksamaan gender dan pembangunan negara yang seimbang dan lestari. Selain itu, wanita mampu memupuk pihak masyarakat yang berhasrat untuk merealisasikan aspirasi kerajaan dalam membangunkan modal insan yang berdaya saing dan mempunyai ketahanan diri, dengan melahirkan wanita yang berilmu dan berwawasan, mempunyai daya kreativiti dan inovasi serta menghayati nilai-nilai murni. Sebagai contoh, kaum wanita dapat  membangunkan  potensi dalam semua sektor sebagai agen perubahan kepada masyarakat serta penyumbang kepada pembangunan ekonomi dan sosial negara, seperti menjadi guru dan ahli politik bagi meningkatkan martabat dan kesejahteraan hidup  masyarakat dalam negara dari semua aspek termasuk fizikal, ekonomi, sosial, politik, kesihatan, psikologi dan kerohanian.
CHONG WEI PUI (197359)
§  Pendidikan


Professor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim

Taraf pendidikan di negara ini adalah amat membanggakan kerana pendidikan dan latihan diberi keutamaan dalam pembangunan negara. Peluang pendidikan terbuka luas kepada rakyat tanpa memilih jantina. Nik Safiah Karim merupakan wanita yang telah memartabatkan Bahasa Melayu sehingga dianugerahkan Tokoh Pejuang Bahasa oleh Persatuan Linguistik Malaysia. Beliau merupakan salah seorang pengasas Persatuan Linguistik Malaysia dan pernah menerajuinya sebagai Presiden selama 18 tahun. Kini beliau menjadi penasihat persatuan tersebut. Dalam pergerakan wanita beliau telah mengasaskan dua buah persatuan wanita iaitu PERTIWI (Pertubuhan Tindakan Wanita Islam) dan Persatuan Siswazah Wanita Malaysia.

YEOH LENG LENG (196145)
Pendidikan adalah kunci kepada pemerkasaan wanita. Di Malaysia, kadar kemasukan bagi perempuan adalah bersamaan dengan, atau melebihi, lelaki di semua peringkat persekolahan. Kebijaksanaan wanita ini dapat ditunjukkan oleh NurAmalina Cik Bakri, yang mendapat 17A1 dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2004. Lebih kurang 65% calon-calon yang ditawarkan tempat di universiti pada permulaan tahun akademi 2009/2010 adalah perempuan. Keunggulan pelajar-pelajar perempuan dalam pendidikan tinggi sebahagiannya menjelaskan tentang kehadiran tenaga mereka dalam perkhidmatan awam: 61% dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional merupakan kaum wanita.
TAY EE LING (195934)

PERANAN WANITA DALAM MASYARAKAT

Secara fizikal, wanita adalah makhluk yang lembut dan lemah, tetapi mempunyai kekuatan spiritual dan mental yang tidak boleh dipertikaikan. Kini wanita menjadi salah satu entiti penting dalam pembangunan negara. Kredibiliti mereka tidak lagi dipandang enteng kerana keupayaan wanita mampu membuatkan mereka setaraf dengan keupayaan golongan lelaki. Sehubungan dengan perubahan yang banyak berlaku dalam kehidupan masyarakat hari ini, kaum wanita mestilah bersedia untuk bersifat fleksibel disebabkan peranan mereka yang pelbagai. Merekalah anak, isteri, ibu, kakak atau adik dan dalam masa sama juga bertindak sebagai wanita berkarier yang menyumbang kepada pembangunan dan ekonomi negara.
NUR NABILA BT HAMZAH (200003)